IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi dapat terus konsisten dalam mempamerkan aksi terbaik walaupun hasratnya mara ke separuh akhir Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary, tidak kesampaian.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata, walaupun terkandas di peringkat saringan keempat kejohanan itu, pujian tetap harus diberikan kepada atlet kelahiran Perak berusia 19 tahun tersebut.
Katanya, pihaknya sentiasa memberi ruang kepada atlet berkenaan untuk berhubung dengan KBS terutama memastikan latihannya sama ada di dalam atau luar sentiasa mendapat kualiti yang terbaik.
“Kita sememangnya bagi perhatian kepadanya dan sentiasa berhubung dari semasa ke semasa.
“Muhammad Azeem juga kita angkat sebagai salah satu ikon sukan dan ikon anak muda dalam beberapa program kita sebelum ini.
“Jadi, memang kita beri banyak bantuan dan sokongan kepada beliau. Oleh itu, tidak ada isu sama ada kita perlu wujudkan lagi (insentif baru).
“Namun, beliau boleh sentiasa berhubung melalui Majlis Sukan Negara (MSN), atau KBS juga, kerana kita memang sentiasa beri perhatian kepada beliau,” katanya.
Adam Adli berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Sukan Negeri di sini hari ini.
Terdahulu pada kejohanan dunia yang berlangsung di Budapest, Muhammad Azeem mencatat masa 10.26 saat bagi kategori 100 meter pada peringkat saringan keempat, tetapi gagal layak ke peringkat separuh akhir.
Dalam perkembangan lain, Adam Adli berkata, setakat ini tiada pertambahan senarai atlet baru bagi program Road to Gold (RTG) untuk Sukan Olimpik Paris 2024 di Perancis.
Ini kerana, katanya, kesemua atlet terlibat dalam program berkenaan kini memasuki fasa persiapan terakhir menjelang acara yang akan berlangsung 26 Julai hingga 11 Ogos 2024 itu.
Pada Jun lepas, media melaporkan skuad hoki lelaki kebangsaan menjadi ahli terbaharu RTG sebagai persediaan mengharungi Sukan Asia Hangzhou 2023 pada September ini, yang juga medan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris.
Sementara itu, Adam Adli berkata, lebih 9,000 peserta menyertai Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak yang melibatkan pengisian aktiviti seperti fun ride 10 km dan 35 km, fun run 5 km dan 10 km, fun walk 3 km, senamrobik dan tarik tali.
“Ia bertujuan membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup aktif, cergas dan sihat seiring dengan aspirasi di bawah kerangka Malaysia MADANI,” tambahnya.
Amirrul Rabbani
Sun Aug 20 2023
Adam Adli bercakap kepada media selepas perasmian Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan, Ipoh, hari ini. -- fotoBERNAMA
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
TUDM dijangka bincang perolehan pesawat Hornet pada Jun depan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mengadakan lawatan ke Kuwait pada Jun depan bagi berunding mengenai perolehan pesawat tempur F/A-18D (Hornet).
Permohonan lesen membela kucing diwajibkan
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura akan membenarkan penghuni flet miliknya untuk memohon lesen untuk memelihara kucing, berkuat kuasa September.
Malaysia mempunyai 16,228 pemain pelapis bola sepak - Adam Adli
Di sebalik kebimbangan kehilangan bakat muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebenarnya sedang giat menyediakan platform bagi mencari bakat baharu bola sepak negara.
Kerajaan akan pastikan SOP sukan berisiko tinggi sentiasa dipatuhi - Adam Adli
KBS juga akan memastikan kerjasama lebih rapat dengan Majlis Sukan Negeri selepas ini agar setiap SOP berkaitan penganjuran sukan berisiko tinggi dipertingkatkan.
Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli
Katanya, AMK di setiap negeri bebas mengadakan apa sahaja program dalaman yang bertujuan mengukuhkan hubungan dalam organisasi.
Kembara JOM platform dapatkan maklum balas, pandangan belia
Program Kembara JOM juga bagi meraikan aktiviti, mempromosi gaya hidup Rakan Muda dan sesi temu rapat bersama pertubuhan belia.
Majlis Atlet mampu lonjak tahap kemajuan atlet para
Penubuhan Majlis Atlet dilihat mampu menjadi wadah membincangkan masalah dihadapi komuniti sukan para baik di dalam mahupun luar gelanggang.
22 pembaharuan KBS tercapai dalam tempoh sembilan bulan - Adam Adli
Pembaharuan itu meliputi empat aspek utama iaitu memperkukuhkan ekosistem sukan, merakyatkan sukan, memperkasakan belia dan merakyatkan fasiliti milik KBS.
Idealisme perjuangan AMK tidak boleh lagi sekadar lontaran suara dan desakan - Adam Adli
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata semua anggota AMK perlu sedar bahawa keadaan sudah berubah dan terdapat realiti baharu yang harus dihadam bersama.
KBS sasar 100,000 belia sertai Sekolah Rukun Negara
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan 100,000 peserta dalam Program Sekolah Rukun Negara.
Adam Adli bidas kenyataan Syed Saddiq gelar kerajaan sebagai 'NATO'
Adam turut membidas kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang berkata bahawa kerajaan sebagai pengamal 'pork barrel politic'.
KBS harap Azeem konsisten pamer aksi terbaik - Adam Adli
Katanya, walaupun terkandas di peringkat saringan keempat kejohanan itu, pujian tetap harus diberikan kepada atlet muda tersebut.